Saturday, March 21, 2009

Part 1 - Mungkinkah Atlantis itu kepulauan melayu?



Atlantis

Atlantis adalah nama sebuah pulau yang digambarkan oleh ahli falsafah Yunani Kuno iaitu Plato.Menurut Plato, pulau Atlantis merupakan kuasa marin yang menakluk sebahagian besar Eropah barat dan Afrika. Pulau Atlantis tenggelam akibat malapetaka semulajadi yang berlaku 9,000 tahun sebelum zaman Plato.

Oleh kerana kisah ini hanya diceritakan oleh Plato, Atlantis kemungkinannya satu mitos yang direka bagi menyokong teori politiknya tetapi berdasarkan fakta sejarah. Walaupun tujuan penceritaan Atlantis jelas bagi kebanyakan sarjana, mereka tidak sependapat untuk menyandarkan cerita ini berasaskan fakta sejarah. Sesetengah sarjana mendakwa Plato menyedok cerita atlantis daripada kejadian silam seperti letupan Thera dan perang Trojan, sementara sarjana lain berpendapat bahawa Plato mengambil inspirasi dari kejadian semasa seperti kemusnahan Helike (373 SM) atau kegagalan Athenian menjelajah sicily pada tahun 415–413 SM.

Atlantis merupakan sebuah negara pulau dan merupakan kuasa maritim yang unggul pada waktu itu. Di percayai bentuk pulau Atlantis seakan-akan bentuk mata lembu(shape of a bullseye). Penduduk Atlantis sangat bertamadun, menguasai pelbagai bidang ilmu dan teknologi yang melangkaui zaman, hidup aman damai dan merupakan pelaut yang unggul. Menurut Plato, pulau Atlantis lenyap dari muka bumi tenggelam kedasar lautan dan sebahagiannya pecah dan terdampar di beberapa benua.

Sesetengah pengkaji Atlantis berpendapat sebahagian Atlantis adalah Bahamas. Seorang penulis buku "The last Atlantis book you'll ever have to read" bernama Gene Matlock mendakwa menemui Atlantis di Mexico. Beliau juga mendakwa bahasa sanskit yang dituturkan di india suatu masa dahulu merupakan IBU dalam kebanyakan bahasa yang ada sekarang. Ada juga pengkaji mendakwa Cuba, Bolivia, Antartic, Kepulauan Caribbean dan Bahama adalah lokasi sebenar Atlantis. Tetapi ada satu teori yang yang mendakwa Atlantis terletak di kepulauan Sunda/Indonesia. Teori ini mengambil kira faktor geografi dan keadaan muka bumi kepulauan sunda tersebut yang mana banyak terdapat gunung berapi. Teori ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana kita mengambil fakta sejarah bahawa letusan gunung berapi krakatoa telah menengelamkan pulau krakatoa. Jadi tidak mustahil perkara yang sama juga terjadi terhadap Atlantis jika ia terletak di kepulauan sunda ini. Berdasarkan fakta ini penulis akan cuba mengaitkan keadaan geologi, geografi, sosiobudaya, cerita mitos dan lagenda melayu dan kepakaran maritim bangsa melayu dengan Atlantis.


No comments:

Post a Comment