Friday, November 20, 2009
Suku Laut
Setelah sekian lama barulah ada masa yang terluang untuk meneruskan coretan. Cukup kagum dengan bloger-bloger yang lain kerana dapat meluangkan masa untuk menulis apa yang mereka nak tulis. Baru terasa cabaran......
Dalam tulisan saya yang terdahulu ada menyentuh tentang Hang Tuah dan Atlantis. Setelah mencari dan membaca pelbagai maklumat rasanya perlu saya huraikan dahulu berkenaan Suku Laut. Ini kerana amat besar kaitannya memandangkan asal usul Hang Tuah itu sendiri dari suku orang laut bintan. Begitu juga bumi atlantis yang mana menurut hikayat yang diceritakan, penduduknya adalah pelaut yang mahir. Begitu juga dengan orang yang pertama mengelilingi dunia iaitu Enrique @ Henry The Black.
Melalui kajian yang saya jalankan suku laut ini juga tinggal di hampir seluruh permukaan laut yang ada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Myanmar dan lautan pasific. Bagi mereka jarak sesuatu tempat bukanlah halangan... yang menjadi masalah ialah apabila tidak berada dilaut dan kepada yang sebahagiannya tidak berada berhampiran laut.
Walaupun penjajah yang pernah menjajah nusantara ini dahulu mengelar mereka lanun... namun hakikatnya merekalah pahlawan yang setia mempertahankan kesultanan melayu suatu ketika dahulu. Mungkin atas sebab itulah amat sukar menemui cacatan sejarah mengenai mereka.
Ramai kawan bertanya kenapa saya mengambil masa yang agak lama untuk menyambung catatan saya. Asbab yang sebenar ialah diri ini ingin mencari sebanyak mungkin maklumat sebelum kita boleh kongci bersama. Ada juga yang bertanya kenapa hikayat "Suku Laut" yang di dendangkan.... ini kerana saya juga berasal dari keturunan suku laut.
Saturday, March 21, 2009
Part 1 - Mungkinkah Atlantis itu kepulauan melayu?

Atlantis
Atlantis adalah nama sebuah pulau yang digambarkan oleh ahli falsafah Yunani Kuno iaitu Plato.Menurut Plato, pulau Atlantis merupakan kuasa marin yang menakluk sebahagian besar Eropah barat dan Afrika. Pulau Atlantis tenggelam akibat malapetaka semulajadi yang berlaku 9,000 tahun sebelum zaman Plato.
Oleh kerana kisah ini hanya diceritakan oleh Plato, Atlantis kemungkinannya satu mitos yang direka bagi menyokong teori politiknya tetapi berdasarkan fakta sejarah. Walaupun tujuan penceritaan Atlantis jelas bagi kebanyakan sarjana, mereka tidak sependapat untuk menyandarkan cerita ini berasaskan fakta sejarah. Sesetengah sarjana mendakwa Plato menyedok cerita atlantis daripada kejadian silam seperti letupan Thera dan perang Trojan, sementara sarjana lain berpendapat bahawa Plato mengambil inspirasi dari kejadian semasa seperti kemusnahan Helike (373 SM) atau kegagalan Athenian menjelajah sicily pada tahun 415–413 SM.
Atlantis merupakan sebuah negara pulau dan merupakan kuasa maritim yang unggul pada waktu itu. Di percayai bentuk pulau Atlantis seakan-akan bentuk mata lembu(shape of a bullseye). Penduduk Atlantis sangat bertamadun, menguasai pelbagai bidang ilmu dan teknologi yang melangkaui zaman, hidup aman damai dan merupakan pelaut yang unggul. Menurut Plato, pulau Atlantis lenyap dari muka bumi tenggelam kedasar lautan dan sebahagiannya pecah dan terdampar di beberapa benua.
Sesetengah pengkaji Atlantis berpendapat sebahagian Atlantis adalah Bahamas. Seorang penulis buku "The last Atlantis book you'll ever have to read" bernama Gene Matlock mendakwa menemui Atlantis di Mexico. Beliau juga mendakwa bahasa sanskit yang dituturkan di india suatu masa dahulu merupakan IBU dalam kebanyakan bahasa yang ada sekarang. Ada juga pengkaji mendakwa Cuba, Bolivia, Antartic, Kepulauan Caribbean dan Bahama adalah lokasi sebenar Atlantis. Tetapi ada satu teori yang yang mendakwa Atlantis terletak di ke
pulauan Sunda/Indonesia. Teori ini mengambil kira faktor geografi dan keadaan muka bumi kepulauan sunda tersebut yang mana banyak terdapat gunung berapi. Teori ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja kerana kita mengambil fakta sejarah bahawa letusan gunung berapi krakatoa telah menengelamkan pulau krakatoa. Jadi tidak mustahil perkara yang sama juga terjadi terhadap Atlantis jika ia terletak di kepulauan sunda ini. Berdasarkan fakta ini penulis akan cuba mengaitkan keadaan geologi, geografi, sosiobudaya, cerita mitos dan lagenda melayu dan kepakaran maritim bangsa melayu dengan Atlantis.