Showing posts with label Panduan buat Blogger. Show all posts
Showing posts with label Panduan buat Blogger. Show all posts

Monday, March 30, 2009

Dunia Blog

Assalammualaikum,

Bulan Mac 2009 akan meninggalkan kita. Banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup penulis pada bulan mac 2009 ini. Penulis mula berjinak - jinak dalam dunia penulisan blog. Sebelum ini penulis cuma mengikuti perkembangan dan membaca pelbagai pandangan, komen, pendapat dan artikel yang berlaku di negara kita ini. Alhamdulillah terbuka hati penulis untuk mengendalikan laman blog sendiri. Niat penulis cuma satu, berpesan - pesan dengan kebenaran dan berpesan - pesan dengan kesabaran. Tidak di nafikan terlalu banyak blog yang wujud, terpulang bagi pembaca untuk menapis kebenaran dan pembohongan sesuatu blog. Jangan percaya bulat - bulat dengan apa yang anda baca. Selidiki dengan bijak dan pertimbangkan seeloknya.

Tuesday, March 24, 2009

Sikap yang perlu ada pada Blogger


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Surah al Asr (Ayat 1 hingga 3)

Buat saudara dan saudari,

Internet merupakan teknologi yang berkembang pesat. Melalui internet kita dapat mengetahui perkara yang berlaku di sudut benua yang lain. Ini merupakan anugerah tuhan yang dikurniakan-NYA kepada manusia. Kebijaksanaan kepada sesiapa yang berusaha. Pepatah arab ada mengatakan " Man Jadda Wa Jadda Wa Man Zaroa Hasada" yang bermaksud "sesiapa yang bercucuk tanam akan mendapat hasilnya dan sesiapa yang berusaha akan berjaya. Melalui teknologi internet juga segala ilmu, informasi, berita dan sebagainya boleh dicapai tanpa batasan.

Persoalannya disini :-

1. Sejauh manakah kebenaran maklumat yang kita perolehi dari internet ini, sahih kebenarannya?

2. Setakat manakah nilai tanggung jawab para Blogger :-
  • Membahagikan masa berblog dengan kerjaya, keluarga dan masyarakat?
  • Dengan apa yang di sebarkannya? (bukan cakap kosong atau fitnah)
  • Menyampaikan ilmu, maklumat dan berita kerana sifat "Tabligh" hasil dari teladan nabi.
Saya rasa surah Al Asr adalah panduan yang berguna untuk para blogger semua.
Wassalam