Showing posts with label Wujudkah Hang Tuah?. Show all posts
Showing posts with label Wujudkah Hang Tuah?. Show all posts

Friday, November 20, 2009

Suku Laut

Assalammualaikum......

Setelah sekian lama barulah ada masa yang terluang untuk meneruskan coretan. Cukup kagum dengan bloger-bloger yang lain kerana dapat meluangkan masa untuk menulis apa yang mereka nak tulis. Baru terasa cabaran......

Dalam tulisan saya yang terdahulu ada menyentuh tentang Hang Tuah dan Atlantis. Setelah mencari dan membaca pelbagai maklumat rasanya perlu saya huraikan dahulu berkenaan Suku Laut. Ini kerana amat besar kaitannya memandangkan asal usul Hang Tuah itu sendiri dari suku orang laut bintan. Begitu juga bumi atlantis yang mana menurut hikayat yang diceritakan, penduduknya adalah pelaut yang mahir. Begitu juga dengan orang yang pertama mengelilingi dunia iaitu Enrique @ Henry The Black.

Melalui kajian yang saya jalankan suku laut ini juga tinggal di hampir seluruh permukaan laut yang ada di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina, Myanmar dan lautan pasific. Bagi mereka jarak sesuatu tempat bukanlah halangan... yang menjadi masalah ialah apabila tidak berada dilaut dan kepada yang sebahagiannya tidak berada berhampiran laut.

Walaupun penjajah yang pernah menjajah nusantara ini dahulu mengelar mereka lanun... namun hakikatnya merekalah pahlawan yang setia mempertahankan kesultanan melayu suatu ketika dahulu. Mungkin atas sebab itulah amat sukar menemui cacatan sejarah mengenai mereka.

Ramai kawan bertanya kenapa saya mengambil masa yang agak lama untuk menyambung catatan saya. Asbab yang sebenar ialah diri ini ingin mencari sebanyak mungkin maklumat sebelum kita boleh kongci bersama. Ada juga yang bertanya kenapa hikayat "Suku Laut" yang di dendangkan.... ini kerana saya juga berasal dari keturunan suku laut.

Monday, March 9, 2009

Part 2 - Diantara mitos, lagenda, cerita rakyat dan realiti















Manuskrip Hikayat Hang Tuah

Persoalan pertama:
Benarkah Hang Tuah(Too Ah), Hang Jebat(Jee Fat), Hang Lekir(Lee Ker) dan Hang Lekiu(Lee Kiew) juga Hang Kasturi(mcm nama india je) berbangsa cina?
Persoalan kedua:
Hujah apakah orang-orang ini pakai sebagai rujukan dan sandaran?
Persoalan ketiga:
kenapakah persoalan ini wujud sekarang?
Persoalan keempat:
Siapakah orang-orang ini?
Persoalan kelima:
Apakah tujuan mereka?
Penulis ingin mengutarakan satu soalan mudah untuk kita kongsi bersama.
soalan:
Bolehkah seorang cina, baru beberapa tahun atau mungkin berbelas tahun datang ke melaka bersama rombongan Puteri Hang Li Po seramai 500 orang (sumber W.G. Shellabear) dengan cepatnya menyesuaikan diri dengan agama, adat istana, adat resam melayu (malah Hang Tuah dituduh berzina), mentaati sultan seperti mana melayu, bersilat (bukan berkung fu) dan yang paling penting berkata "Takkan melayu hilang didunia".

Masyarakat Baba & Nyonya masih mengamalkan sebahagian budaya cina sehingga sekarang. Kenapakah Hang Tuah kalau dikatakan berbangsa cina tidak berbudaya seperti mereka?Penghikayatan Hang Tuah menceritakan tiga zaman di zaman kesultanan melayu melaka iaitu zaman permulaan sebuah kerajaan, zaman kegemilangan dan zaman kejatuhan kerajaan melaka. Pada dasarnya Hikayat Hang Tuah menceritakan kelangsungan sosiobudaya bangsa melayu dan bukanlah sebaliknya.

Yang menjadi persoalan juga kenapa nama Hang Tuah dan sahabatnya sahaja yang bertukar dan di melayukan kenapa tidak Puteri Hang Li Po. Mungkin nama Hang Li Po pun boleh di melayukan juga contohnya Puteri Halipah, Halimah atau Puteri Bukit Cina (seakan nama Puteri Gunung Ledang). Tetapi hal ini tidak berlaku. Anak Puteri Hang Li Po pula bernama Paduka Mamat (setengahnya riwayat Paduka Mimat) adalah nama kebiasaan orang melayu. Tidak timbul sebutan yang di serasikan dengan sebutan melayu. Marilah bersama-sama kita selasaikan misteri ini.








Sunday, March 8, 2009

Part 1 - Diantara mitos, lagenda, cerita rakyat dan realiti

Penafian, menafikan dan mengiakan (oh tidak).

Bahagian 1

Hikayat 5 bersaudara

Perasaan penulis:

MOHOR ORANG-ORANGKU

Aku sedih
orang - orang ini terus bertanya
mereka - mereka ini terus bertanya lagi
puak -puak ini tak bosan bertanya

Adakah Tuah
benarkah Jebat
harumkah lagi Kasturi
wujudkah Lekiu
oh...... Lekir, betulkah ini semua?

Aku lagi sedih
orang - orangku pun bertanya
cukuplah
cukuplah bertanya lagi

Mereka......
Taming sari siapa empunya
Puteri Gunung Ledang mana datangnya
atau........niat mereka?
sekadar mengusik

apapun
cerita itulah mohor orang - orang ku
mari kita cari semuanya
dan mereka.......
Takkan melayu hilang di dunia

Azeem El-Douri
8/3/2009