Friday, November 20, 2009

Suku laut - 2







Rasanya adalah lebih baik jika kita kaji dari sudut geografi dahulu. Ini kerana suku laut ini berada di pelbagai negara. Melihat dari sudut geografi ini lebih baik kerana walaupun dalam dunia moden ini setiap negara mempunyai sempadannya.... tetapi suatu ketika dahulu laut tidak mempunyai sempadan bagi suku laut.

Tetapi sebelum itu eloklah jika kita mencari persamaan diantara orang laut, orang selat, orang samah dan orang bajau (badjo). Persamaan utama ialah kesemuanya tinggal dilaut dan menghuni sampan @ kapal.

Mungkin sukar bagi kita membezakan mana satu orang laut...orang selat....bajau laut dan orang samah. Ini kerana cara hidup dan budaya yang hampir sama. Sebab itulah saya lebih senang memanggil mereka suku laut kerana persamaan ini.

1) Orang laut - sering dirujuk kepada suku laut di sekitar kepulauan riau dan semenanjung malaysia.

2)Orang selat - dirujuk kepada suku laut yang tinggal di sekitar selat melaka. Hampir semua orang selat ini telah mengubah cara hidup dan dikenali sebagai Melayu. Mereka masih boleh dilihat di sekitar klang(selangor), sepanjang pantai barat semenanjung, dan sumatera(Indonesia) dan selatan Thailand.

3) Orang Bajau - dirujuk kepada suku laut yang tinggal di pantai timur sabah, selatan filipina dah kepulauan sulawesi, indonesia. Ada diantara mereka yang telah mengubah cara hidup dengan tinggal didaratan dan bercucuk tanam. Tetapi sebahagian masih mengekalkan cara hidup tradisi dan hidup di dalam sampan @ kapal.

4) Orang Samah - dirujuk kepada suku laut yang tinggal di pantai barat sabah terutama di sekitar Kota Belud. Mereka hampir 100% telah mengubah cara hidup dengan tinggal didaratan. Sekarang kegiatan utama mereka ialah menanam padi & menternak kuda.

5)Suku laut di kepulauan Palau - dirujuk sebagai suku laut yang berasal dari kepulauan melayu disebabkan kajian sarjana barat keatas genetik penduduk Republic of Palau ini sama dengan genetik orang melayu.

6)Suku laut Madagascar - walaupun ada pendapat yang mengatakan suku laut di madagascar ini berasal dari kepulauan melayu berdasarkan faktor genetik tetapi saya mengecualikan mereka kerana perbezaan cara hidup. Walau bagaimanapun penulis mengalu-alukan pendapat daripada pembaca untuk dikongsi bersama.

No comments:

Post a Comment