Sunday, November 22, 2009

Suku laut - 4

Enrique of Malacca (portugis)@ Henri the black (British) @ Henrich (Sepanyol) - Di kenali sebagai Panglima Awang di Malaysia kerana pengaruh buku novel karangan Harun Aminurrasid.  Enrique adalah seorang suku laut dan orang pertama mengelilingi dunia.


Kita bersyukur kehadrat ilahi kerana rahsia yang disimpan selama ini oleh orang Portugis mengenai Enrique of Malacca telah sampai kepengetahuan kita. Rahsia yang di simpan ini amat penting bagi Bangsa Melayu khususnya suku laut ini. Buku sejarah selama ini mencatatkan bahawa orang pertama mengelilingi dunia ialah Ferdinand Magellan. Tetapi tulisan dairi beberapa kelasi kapal yang mengikuti ekpedisi Ferdinand Magellan menceritakan hakikat yang sebenarnya.

Disini saya bukan setakat menyarankan perlunya sejarah ditulis semula malah Enrique @ Henry @ Panglima Awang juga adalah dari suku kaum Bajau. Ini kesimpulan saya menurut catatan dairi Antonio Pigafetta (berasal dari Itali) salah seorang kelasi kapal ekspedisi Ferdinand Magellan. Ramai sejarahwan mengatakan Enrique berasal dari melaka, sumatra, maluku atau cebu. Dengan mengetahui bahasa yang enrique tuturkan maka kita akan mengetahui dia dari suku apa. Walau bagaimapun, ini adalah pendapat saya semata-mata. Jika ada Ahli akademik yang membaca tulisan saya ini diharap dapat mengkaji dan menyandarkannya kepada fakta.

Ketika ekspedisi Ferdinand Magellan tiba di kepulauan filipina iaitu daerah samar, disebabkan enrique boleh memahami bahasa dailek mereka maka enrique menjadi orang perhubungan Ferdinand Magellan dengan orang tempatan untuk mendapatkan bekalan air dan makanan. Tentu kita terfikir bahasa apakah yang enrique gunakan untuk berhubung dengan mereka. Bahasa bajau mempunyai 40% persamaan dengan bahasa melayu. Ia juga mempunyai 40% persamaan dengan bahasa suluk. Atas faktor itulah saya menyimpulkan bahawa Enrique sememangnya suku bajau. Kerana menurut pengkaji sejarah enrique bertutur dalam bahasa melayu. Ia juga dinyatakan dalam dairi  Antonio Pigafetta. Tetapi bagaimanakah enrique memahami bahasa dailek tempatan. Saya juga tertarik dengan kajian UKM berkenaan agama anutan enrique ini. Mungkinkah beliau telah dimurtadkan oleh Ferdinand Magellan ? Mungkin juga. Tetapi ini adalah pendapat saya, disebabkan enrique adalah dari suku laut yang mungkin berkepercayaan animisme maka dengan mudah enrique mengubah kepercayaan kepada kristian.Ini seperti yang diceritakan dalam dairi Antonio Pigafetta. Mungkinkah juga enrique telah memeluk islam setelah tiba kembali di melaka.




Ferdinand Magellan mati dalam peperangan mactan (battle of mactan) pada 27/April/1521. Sebelum itu Ferdinand Magellan berjaya mengkristiankan Raja Humbon (disebut Rajah Humabon oleh sarjana barat) dan rakyatnya. Mengapa sarjana barat boleh menganggap Ferdinand Magellan orang pertama mengelilingi dunia. Laluan perjalanan antara filipina dan sepanyal tidak dapat dihabiskan. Walaupun mungkin enrique bukan orang yang pertama mengelilingi dunia dalam satu ekspedisi perlayaran tetapi beliau telah sampai ke melaka, dari mana tempat asal beliau diambil oleh Ferdinand Magellan untuk dijadikan hamba. Menurut catatan diari Antonio Pigafetta juga, Duarte Barbosa telah melantik enrique menjadi kapten kapal setelah kematian Ferdinand Magellan. Seperti Cristoper Colombus, kapten kapal dalam ekspedisi perlayaran yang menjumpai benua amerika dan bukan nama kelasi kapal yang menjumpainya. Dengan itu maka sepatutnya orang yang pertama mengelilingi dunia ialah Enrique the Malacca. Menurut catatan dairi Antonio Pigafetta juga cuma 18 orang yang selamat pulang ke sepanyol. Dalam catatan tidak pula dinyatakan enrique salah seorang daripadanya. Mungkin juga mereka sengaja merahsiakan perkara ini kerana enrique bukan berasal dari benua eropah dan tidak memahami kenapa perlunya nama beliau termasuk dalam 18 orang yang selamat tiba di sepanyol.
Dengan mengetahui kisah Enrique the Malacca ini, diharap bangsaku di luar sama tahu kita sememangnya boleh.

No comments:

Post a Comment