Sunday, November 22, 2009

Suku laut - 3

Assalammualaikum.....

Kita sambung semula topik perbincangan kita berkenaan suku laut. Tulisan saya pada kali ini adalah dari sudut kepercayaan atau agama. Umumnya tahu bahawa hampir kesemua Suku Laut ini telah menganut agama islam. Apa yang kita nak bincangkan di sini bukanlah mengenai agama islam itu sendiri, tetapi kepercayaan atau agama sebelum suku laut ini "Islam".

Sebelum kedatangan islam ke nusantara ini, para pengkaji sejarah mengatakan bahawa kepercayaan animisme, ateisme dan hindu jadi anutan mereka. Eloklah jika saya huraikan satu persatu, kaitan dan kesannya terhadap cara hidup suku laut ini.

1. Animisme - Sarjana barat mempercayai bahawa animisme adalah asal kepada kepercayaan dan agama umat manusia di dunia ini. Kepercayaan ini adalah berkaitan tenteng makhluk halus dan roh-roh yang dipercayai boleh membawa kesenangan dan kebaikan bila dipuja. Setiap bukit, laut, hutan dll, mereka percaya ada semangat dan penunggunya. Antara gelaran bagi penunggu ini ialah mambang, roh , datuk, tuan dan pelbagai lagi. Bagi kita yang beragama islam, sudah tentulah kita wajib mempercayai, agama menyembah tuhan yang satu (Allah) merupakan agama manusia pertama yang diciptakan iaitu Nabi Adam. Akibat kesombongan dan keangkuhan manusia maka golongan yang tidak bersyukur atas nikmat tuhan menjadi Kuffur. Pembaca sekalian dapatlah kita simpulkan disini bahawa kesan daripada kepercayaan animisme ini masih dapat kita lihat sehingga sekarang. Sebagai contoh jika hendak kelaut ada di antara suku laut ini masih lagi menyeru dan meminta restu penunggu dan semangat laut.

2. Ateisme - Bukan satu agama tetapi lebih kepada kepercayaan tiada tuhan. Masih ramai diantara suku-suku laut ini masih tidak beragama. Sebagai contoh Suku Laut Palauh yang menghuni kepulauan sulu, pantai timur sabah terutama di daerah semporna dan sekitar kepulauan sulawesi dan kawasan barat kalimantan.

3. Hindu - Pengaruh Hindu ini adalah kerana semasa kerajaan Srivijaya, anutan dan kepercayaan rajanya sewaktu itu ialah agama Hindu. Pada masa dahulu, pengaruh Raja amat besar ertinya kepada seluruh masyarakat di nusantara ini. Waadat yang terjadi antara Demang Lebar Daun dengan sang Sapurba di bukit siguntang cukup untuk menggambarkan kesetiaan rakyat kepada rajanya. Maka disebabkan Raja beragama hindu maka rakyat jelata turut menganut agama hindu. Sejarahwan mencatatkan bahawa populasi suku laut ini tertumpu di kepulauan riau,temasek(singapura - dapatlah kita simpulkan bahawa penduduk asal singapura adalah suku laut) dan palembang. Ini bermakna suku laut ini adalah rakyat kerajaan Srivijaya. Terdapat dalam catatan sejarah bahawa suku laut inilah yang menentukan jatuh bangunnya sesuatu kerajaan di alam melayu ini suatu ketika dulu. Sokongan suku laut ini menjadikan empayar Srivijaya yang berada di palembang berkembang menjadi kerajaan maritim yang kuat. Begitu juga kerajaan kesultanan melaka, kerajaan kesultanan johor riau, kerajaan kesultanan brunei, kerajaan kesultanan sulu, dan kerajaan - kerajaan kesultanan di Gowa, Sulawesi. Suku laut ini berperanan sebagai penjaga sempadan, pahlawan dan bertanggung jawab membawa pedagang ke pelabuhan. Ini sekaligus memastikan keamanan di kawasan yang mereka kuasai. Anda jangan lupa, pahlawan melayu Hang Tuah berasal dari suku laut bintan.

Kerana pengaruh kepercayaan dan anutan agama yang mereka pegang dahulu, dapatlah kita simpulkan bahawa suku - suku laut yang berada di sekitar nusantara ini berasal dari satu tempat yang sama. Mereka berasal dari selat melaka dan kepulauan riau. Kerana laut bukan menjadi masalah bagi mereka untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sama ada dari kepulauan riau ke brunei, sulawesi atau ke kepulauan sulu. Mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan adat dan persekitaran tempat yang mereka pergi. Dengan itu saya berpendapat bahawa jika kita hendak merujuk tempat asal suku-suku laut ini ialah kepulauan riau, temasek dan selat melaka. Ini juga dapat rujuk melalui rekod-rekod yang ditinggalkan oleh penjajah di nusantara ini.

No comments:

Post a Comment