Monday, March 23, 2009

Konsert Minggu Kedua - Hafiz mendapat undian tertinggi manakala Adila tersingkir


Adila Pertama Tersingkir
Dua beg yang dibawa ke pentas hanya tinggal gimik semata-mata apabila hanya seorang pelajar iaitu Adila, 22, atau nama sebenarnya Nas Adila Mohd Dan diumumkan tersingkir pada Konsert Akademi Fantasia 7 yang disiarkan menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Adila yang menyampaikan persembahan menghiburkan menerusi lagu Merawat Luka Terpendam nyanyian asal Liza Hanim dan Asyik oleh Amelina bagaimana pun gagal meraih undian penonton malam ini- sumber dari laman web astro.

Berikut adalah keputusan undian selepas undian ditutup.

HAFIZ 11%
ISMA 10%
ARIL 9%
AISHAH 8%
AKIM 7%
ZIZI 7%
YAZID 7%
RUBISA 7%
CLAUDIA 7%
SIDI 6%
QHAUD 6%
RINI 6%
OBRI 6%
ADILA 4%

1 comment: